Wednesday, 6 November 2019

abc

dgfdgfggfgggg

Fakta: Langkah-langkah Untuk Memastikan Kejayaan Dalam Pelajaran




Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkah untuk memastikan kejayaan dalam pelajaran.

*** *** *** *** ***

Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Pelajaran dapat menjamin masa depan pelajar dalam apa juga bidang yang mereka minati. Oleh itu, pelajar haruslah belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan mereka berjaya pada masa hadapan.

Antara langkah-langkah untuk memastikan kejayaan dalam pelajaran ialah berniat atau berazam memperoleh kejayaan dalam pelajaran. Keazaman yang tinggi akan mendorong pelajar berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan.

Seterusnya pelajar hendaklah menumpukan perhatian semasa guru mengajar bagi memastikan mereka faham akan apa yang dipelajari di kelas. Mereka juga mestilah segera bertanya guru jika tidak faham akan sesuatu topik pelajaran supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam pelajaran.

Selain itu, pelajar haruslah membuat jadual waktu di rumah bagi memastikan mereka dapat menggunakan masa seperti yang dirancang. Apabila pelajar pandai membahagikan masa, ini akan membantu mereka berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, jagalah kesihatan dengan mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat supaya pelajar sentiasa berkeadaan cergas dan cerdas. Kesihatan yang baik akan memudahkan pelajar memahami apa yang dipelajari.

Dalam pada itu, disiplin diri juga menjadi faktor kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran. Pelajar yang berdisiplin akan membolehkan mereka berjaya dalam pelajaran kerana mereka tidak terjerat dengan pelbagai masalah disiplin yang boleh menggangu mereka dalam pelajaran.

Kesimpulannya pelajaran amat penting kepada para pelajar. Orang yang berilmu sudah tentu akan dipandang mulia. Oleh itu, kita mestilah mengikut langkah-langkah yang betul untuk berjaya dalam pelajaran.

TIPS BINA PERNIAGAAN SENDIRI YANG BERJAYA :


  1. MODAL PERNIAGAAN JANGAN DI USIK
Modal perniagaan adalah perkara utama yang mengerakkan sesuatu perniaggan, jadi larangan utama dalam bisnes atau perniagaan adalah tidak mengusik modal perniagaan. Modal perniagaan hendaklah di asingkan daripada wang peribadi dan keuntungan perniagaan. Sebaiknya membuat dua akaun bank berbeza antara wang syarikat dan wang peribadi. Perbelanjaan perniagaan hendaklah direkodkan dengan teratur dalam buku kira-kira dan apabila bisnes telah berkembang sebaiknya mengaji akauntan untuk menjaga wang perniagaan.

MYSELF

MYSELF


MY NAME IS YUSRILNIDA BT AB GHANI. I am a Computer Teacher.

TIP KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN

10 tips berniaga, strategi, petua, rahsia dan kunci kejayaan membina perniagaan sendiri yang berjaya dari pengalaman berniaga.

Perkara utama sebelum memulakan bisnes atau bina perniagaan sendiri ialah meletakkan motif atau tujuan perniagaan sebagai motivasi supaya perniagaan yang akan dijalankan berjalan lancar dan sanggup menempuhi sebarang halangan untuk memastikan perniagaan terus berkembang dan berjaya. Peniaga mestilah mengurus sendiri perniagaanya dan mesti suka atau mencintai bidang perniagaan yang hendak dijalankan agar urusan perniagaan berjalan lancar. Kunci kejayaan dalam perniagaan adalah suka dan minat “Do Something That You Love Then You Will Success”. Lakukan sesuatu yang kita betul-betul minat dan kita akan berjaya. Perancangan awal dan sistematik hendaklah di buat agar perniagaan yang dibina berjalan lancar dan berjaya.
Saya berpengalaman lebih 10 tahun dalam perniagaan GU AWA 593 sebagai pembekal garam makan ke kedai runcit, mini market, ladang pertanian, kolam ikan  dan sebagainya. Saya menubuhkan perniagaan semenjak tahun 2005 dan mempunyai pengalaman dalam selok belok perniagaan ingin memberi tips dan petua dalam perniagaan supaya perniagaan yang akan dijalankan berjalan lancar dan berjaya. Tips serta panduan perniagaan ini adalah dari pengalaman sendiri dalam bidang perniagaan.

abc

dgfdgfggfgggg